KUALA LUMPUR – Kebakaran hutan dan belukar berhampiran ladang nanas di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Pulau Serai dekat Pekan sejak enam hari lepas telah mengakibatkan keadaan jerebu di beberapa kawasan kampung sekitar.

Antara kawasan yang teruk terjejas akibat kebakaran hutan seluas enam hektar itu ialah kawasan Peramu Jaya.

Justeru ada warganet ada mempertikaikan dalam keadaan musibah itu di mana Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak?

Ini kerana bekas Perdana Menteri yang kini dikenali sebagai Bossku dilihat aktif ke merata-rata tempat tetapi termasuk ke Pasir Gudang yang kini berdepan isu pencemaran kimia.

Malah semalam Najib dilihat berada di Negeri Sembilan.

Seorang warganet, Adrian Lim Chee En dalam media sosialnya mempersoalkan kenapa Najib tidak turun kawasannya.

“Di mana Ahli Parlimen Pekan? Minggu lepas takda air, minggu ini jerebu. Ada siapa-siapa nampak Ahli Parlimen Pekan?,’ tulisnya.

Bagi warganet, Ali Bin Haron pula mengaitkan apa yang berlaku sebagai bala daripada tuhan.

“Tak semena-mena hutan simpan yang berada dalam kawasan Ahli parlimen Pekan, Najib Razak terbakar.

“Tak tahu dari mana datang apinya..sudah seminggu berlarutan dan asap masih menebal” katanya.- MalaysiaGazette