Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue final Piala FA 2019 pada 27 Julai ini.

KUALA LUMPUR – Berita gembira untuk penyokong bola sepak tanahair yang mahu menyaksikan aksi skuad kebangsaan Harimau Malaya pada kejohanan Piala Air Marine 2019.

Kaunter tiket Piala Air Marine 2019 untuk semua perlawanan dibuka hari ini untuk penyokong Harimau Malaya.

Mereka boleh membeli tiket di Pintu C, Stadium Nasional Bukit Jalil (berhadapan Pusat Akuatik Nasional) bermula 11 pagi hingga 6 petang ini.

air marine tiket
kalau bukan tiket di kaunter, boleh dibeli dalam online dan menggunakan kod imbasan QR untuk masuk ke stadium pada hari perlawanan nanti.

Kaunter sama akan dibuka untuk esok pada waktu yang sama.

Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi aksi Separuh Akhir antara Malaysia dan Singapura pada 20 Mac ini, kaunter tiket akan dibuka di Pintu A, C dan E dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Tiket dijual pada harga RM45 bagi tempat duduk bernombor grandstand dan RM35 untuk tempat duduk terbuka.

Manakala tiket untuk pelajar berumur 7 hingga 18 tahun berharga RM25.

tiket airmarine dibuka
Kaunter tiket Piala Air Marine 2019 untuk aksi separuh akhir dan akhir pada Rabu dan Sabtu ini sudah mula dijual sekarang stadium nasional bukit jalil untuk penyokong tegar harimau malaya.

Hari pertama kejohanan pada Rabu ini menyaksikan Oman bertemu Afghanistan pada 4.30 petang manakala skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan menentang Singapura 8.45 malam Rabu.

Hari kedua kejohanan pada 23 Mac (Sabtu) akan menyaksikan penentuan tempat ketiga dan keempat pukul 4.30 petang manakala perlawanan akhir akan bermula pada 8.45 malam.

Tiket bagi perlawanan ini juga boleh didapati hari ini di Stadium Bukit Jalil.

penyokong airmarine
Ribuan Penyokong Harimau Malaya membanjiri stadium nasional bukit Jalil sejak pagi tadi untuk mendapatkan tiket Air Marine Cup 2019 bagi perlawanan separuh akhir pertemuan Malaysia lawan Singapura Rabu ini.

Bagi penyokong yang tidak berkesempatan untuk ke kaunter tiket di stadium Bukit Jalil boleh membeli tiket di atas talian www.proticket.com.my. dan menebusnya di kaunter stadium pada hari perlawanan ataupun menggunakan sistem imbasan Kod QR yang diberi selepas pembelian untuk masuk stadium pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Proticket Malaysia di laman web proticket.com.my atau talian tiket Hotline 03-78807999. – MalaysiaGazette