TERKINI : Guru-guru Perlu Bilik Rehat di Sekolah – Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Sekolah-sekolah diseluruh negara perlu menyediakan sebuah kawasan khas buat guru-guru menjadikannya sebagai tempat untuk berehat.

Ini kerana, bilik guru yang digunakan pada masa sekarang berfungsi sebagai runag kerja dan bukannya bilik rehat, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan satu surat pekeliling pada 19 Disember tahun lalu agar setiap sekolah menyediakan kemudahan tersebut untuk kegunaan guru agar mereka dapat berehat terutama antara selang waktu mengajar atau selepas waktu mengajar.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast