Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Media dan orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kemalangan maut membabitkan seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Subang baru-baru ini.

MAHB dalam kenyataannya berkata, siasatan nahas itu sedang dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia.

“Sebagai kesimpulan adalah terlalu awal buat masa ini,” katanya.

Pengendali lapangan terbang itu membuat kenyataan itu selepas Berjaya Air Sdn Bhd mendakwa Menara Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tidak mengeluarkan sebarang Notis Kepada Juruterbang untuk memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan sebelum pesawat berkenaan mendarat.

Dalam kejadian Selasa lalu, pesawat persendirian milik Berjaya Air melanggar kenderaan milik MAHB sehingga menyebabkan pertugas berkenaan, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali cedera parah.

Kakitangan itu yang diberi rawatan kecemasan termasuk melalui prosedur pembedahan disahkan meninggalkan dunia pada Rabu lalu. – MalaysiaGazette