Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (kanan) bersama Menteri Pertahanan Nasional Republik Demokratik Rakyat Laos, Jeneral Chansamone Chanyalath (kiri) bersalaman selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Laos di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Republik Demokratik Rakyat Laos hari menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan yang memanfaatkan kepentingan kedua-dua negara.

Kerjasama dua hala itu bagi meningkatkan interaksi dan memulakan kerjasama pertahanan dua hala yang lebih luas yang akan menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.

MoU ditandatangani antara Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Pertahanan Nasional Republik Demokratik Rakyat Laos, Jeneral Chansamone Chanyalath di Wisma Perwira di ibu negara, hari ini.

MGF22032019_MOU KERJASAMA PERTAHANAN 04
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tengah) bersama Menteri Pertahanan Nasional Republik Demokratik Rakyat Laos, Jeneral Chansamone Chanyalath (lapan kiri) serta delegasi Malaysia dan Laos bergambar kenanngan pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pertahan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2019.

Ia disokong rapat dengan penglibatan kedua-dua negara dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan (ADMM) dalam merencanakan platform kukuh untuk kedua-dua negara menyumbang ke arah keamanan, kestabilan dan keselamatan yang berterusan di rantau Asia Tenggara.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Chansamone sejak menyandang jawatan itu pada 2016.

Terdahulu Jeneral Chansamone diberi taklimat mengenai bidang pembangunan sains dan teknologi pertahanan ketika melawat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), pagi tadi. -MalaysiaGazette