Najib Razak,

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada sesi Sembang Santai Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Bersama #Bossku, di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya sebagaimana yang ditularkan semalam.

Beliau hanya mahu mengerjakan solat Jumaat di masjid berkenaan tanpa sebarang agenda.

“Saya memang ada rancangan untuk solat Jumaat di Masjid berkenaan tengah hari esok (hari ini).

“Tetapi memang tidak ada dalam perancangan kita untuk mengadakan sesi sembang santai di dalam Masjid.

*Sebab itu, “event” tersebut tidak pernah diumumkan dalam Facebook saya seperti lawatan-lawatan lain saya sebelum ini,” katanya dalam Facebook rasmi beliau.

Semalam, pihak pengurusan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya membuat laporan polis berhubung penganjuran program melibatkan bekas pengerusi BN di masjid itu yang direncanakan selepas solat Jumaat.

Memetik Malaysiakini, laporan polis itu menyatakan pihaknya tidak dimaklumkan lebih awal berhubung program berkenaan.

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah sebagai perlindungan diri bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kerana program tersebut tidak dimaklumkan terlebih awal kepada pihak masjid,” kata laporan polis itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast