Sebuah bas pelancong terbakar di China mengakibatkan 26 orang terbunuh.

BEIJING – Seramai 26 orang terbunuh manakala 28 lagi cedera apabila sebuah bas pelancong terbakar malam tadi di sebuah lebuh raya di wilayah Hunan, China, kata pihak berkuasa tempatan.

Jurucakap pejabat pihak berkuasa di wilayah itu hari ini berkata, lima orang mengalami kecederaan teruk.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 7.15 malam waktu tempatan di bandar Changde, Hanshou, lapor AP.

Terdapat 56 penumpang dalam bas tersebut, termasuk 53 orang penumpang, seorang pemandu pelancong dan dua orang pemandu yang mana kedua-duanya ditahan pihak berkuasa bagi menyiasat punca insiden itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast