Pesawat Boeing, B777-200 milik British Airways.

LONDON – British Airways melancarkan penerbangan terpendek, sejauh 87 kilometer yang mengambil masa selama 50 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain ke Dammam, Arab Saudi.

Malah penerbangan pulang lebih cepat, iaitu hanya 40 minit, lapor CNN.

Perkhidmatan baharu ke Dammam itu adalah sambunagn untuk perkhidmatan sedia adaantara Lapangan Terbang Heathrow di London ke Muharraq, Bahrain.

Sebelum ini penumpang yang turun di Bahrain ditawarkan perkhidmatan limosin yang mengambil masa selama 90 minit ke Dammam.

Bermula 1 Disember, pengembara dari London mempunyai pilihan untuk terus menggunakan pesawat yang sama , Boeing B777-200, untuk ke Lapangan Terbang Antarabansga Raja Fahd di Dammam.

Penerbangan sejauh 87 kilometer itu sebagai laluan tunggal. Hanya penumpang yang mengembara dari atau ke London mempunyai akses laluan Bahrain-Dammam. – Agensi