Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) disaran membuat kajian semula terhadap bidang kuasa mereka bagi mewujudkan sistem yang lebih lengkap dan mengelak berlaku penipuan.

KUALA LUMPUR, – Seorang pemuda berusia 21 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta di tingkat lima sebuah pangsapuri di Jalan Sultan Ismail di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata, lelaki tempatan itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan kepala berdarah di laluan keluar tempat letak kereta tersebut pada 6.43 pagi.

“Mangsa ditemui terbaring di kawasan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis menemui stoking berwarna hitam dan kunci kereta dipercayai milik mangsa di tempat letak kereta di tingkat lima pangsapuri itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak forensik bagi menentukan ada unsur jenayah atau tidak dalam kes ini,” katanya.

Shaharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette