David Shanks

CHRISTCHURCH – New Zealand mengharamkan pemilikan dan pengedaran manifesto yang dipercayai ditulis suspek serangan masjid di Christchurch, kata para pegawai.

Pejabat klasifikasi filem dan kesusasteraan hari ini mengumumkan bahawa di bawah undang-undang negara itu dokumen tersebut adalah tidak menyenangkan.

‘Manifesto’ lebih 80 halaman oleh warga Australia berusia 28 tahun yang telah dituduh membunuh 50 orang itu dipenuhi dengan kandungan anti imigran dan anti Muslim.

“Terdapat perbezaan ketara perlu dilakukan antara ‘ucapan kebencian’ yang mungkin ditolak oleh kebanyakan mereka yang mempunyai fikiran berhaluan kanan tetapi sah untuk diungkapkan, dan penerbitan seperti ini sengaja dibina untuk memberi inspirasi pembunuhan dan keganasan.

“Ia telah melangkau batasan,” kata Ketua Penapisan New Zealand, David Shanks seperti dipetik CNN.

Dokumen tersebut telah disiarkan di media sosial dan dihantar ke pejabat Perdana Menteri, Jacinda Ardern sebelum serangan dilakukan.

Pada Khamis lalu, Shanks meminta orang ramai memadam manifrsto tersebut, sama ada disiarkan dalam talian atau dihubungkan kepada dokumen itu.

Orang ramai juga boleh melaporkan mengenainya jika disiarkan mana-mana media sosial.

“Warga New Zealand boleh memainkan peranan dengan menafikan mereka yang mendesak kepada kebencian, pembunuhan dan keganasan.

“Jangan sokong objektif pengarang pembunuhan dengan menyiarkan semula atau menyebarkannya,” kata Shanks.

Pada awal minggu ini, pihak berkuasa telah mengharamkan rakaman pembunuhan berdarah itu, termasuk menyunting gambar dan klip video. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast