Lampiran penipuan scammer membabitkan Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Orang ramai adalah dinasihatkan untuk berwaspada dengan tawaran yang menggunakan nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, daripada pihak scammer yang tidak bertanggungjawab.

Terbaharu, seorang individu menggunakan nama “Balu Kelvin” dengan alamat e-mel “[email protected]” telah menyamar sebagai Pengurus Perniagaan yang bekerja untuk Guan Eng.

Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan, Lutfi Hakim berkata, scammer itu didakwa telah menghubungi individu tertentu melalui emel dengan tawaran mengaturkan pertemuan dengan Menteri Kewangan untuk tujuan perniagaan.

“Tawaran tersebut merupakan suatu penipuan oleh “Balu Kelvin” yang menyamar sebagai pegawai Menteri Kewangan.

Perlakuan menipu dan menyamar tersebut merupakan kesalahan di bawah pelbagai seksyen dalam Kanun Keseksaan
(termasuklah Seksyen 417, dan 419),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak terhadap penipuan dan penyamaran tersebut semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast