Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh sepatutnya turut melepaskan jawatan itu seperti mana uang dilakukan oleh Nurul Izzah Anwar selepas Datuk Seri Ronald Kiandee masih mengekalkan kedudukannya selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pemuda MCA berkata, wakil DAP itu tidak sepatutnya hanya berdiam diri dan membiarkan suara rakyat dipijak-pijak.

“Kah Woh sepatutnya bangkit dan membukti bahawa janji manifesto PH atas PAC bukan satu penipuan.

“Setidak-tidak, beliau boleh mengikut jejak Nurul Izzah yang berpinsip sebagai tanda membantah terhadap PH yang tidak berniat untuk memenuhi janji manifesto tersebut,” kata jurucakapnya, Lee Yee Yuan dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Nurul Izzah lepaskan jawatan PAC

Pemuda MCA menyokong tindakan Nurul Izzah Anwar yang melepaskan jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang tidak bersetuju tindakan Perdana Menteri mengekalkan Ronald mengekalkan jawatannya. – MalaysiaGazette