KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan semula permintaan terhadap unit negara maju itu ketika harga komoditi seperti minyak sawit pula mengalami penurunan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada paras 4.0700/0730 berbanding 4.0670/0700 sewaktu ditutup semalam.

“Dolar AS mendapat sokongan berikutan keadaan ekuiti negara itu yang lebih perlahan serta pendirian pihak Rizab Persekutuan AS yang lebih berpihak kepada kadar faedah lebih rendah.

“Di peringkat tempatan, Malaysia turut berdepan cabaran ketidaktentuan dagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) membabitkan pertikaian minyak sawit. Filipina pula merancang mengenakan sekatan sementara terhadap minyak sawit Malaysia dan Indonesia yang turut memberi tekanan terhadap ringgit,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama dunia.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0130/0164 berbanding 3.0106/0139 semalam dan rendah berbanding pound kepada 5.3740/3784 daripada 5.3579/3634.

Berbanding euro, ringgit turut berkurangan kepada 4.6060/6098 berbanding 4.6030/6081 semalam, namun mengukuh berbanding yen kepada 3.6869/6906 daripada 3.6896/6933, sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast