Dewan Rakyat
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Satu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 bagi memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2018 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Perbelanjaan tambahan itu adalah sebanyak RM4.133 bilion dan dimohon untuk kegunaan peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM1.92 bilion.

Selain itu ia juga untuk kegunaan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (RM98.4 juta); Perbendaharaan (RM76.3 juta) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (RM5 juta).

Peruntukan yang dipohon juga adalah bagi kegunaan Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM215 juta serta lima kementerian iaitu Kementerian Kesihatan (RM705.5 juta); Kementerian Dalam Negeri (RM513.9 juta)dan Kementerian Pendidikan (RM300 juta).

Ia turut melibatkan RM226.1 juta bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar (RM70.4 juta).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan rang undang-undang tersebut memberitahu, bacaan kali kedua RUU itu akan dibentang pada sesi persidangan kali ini. – MalaysiaGazette