Sebuah blok pejabat di Dhaka terbakar, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang. foto Agensi

DHAKA – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam kebakaran besar di sebuah bangunan bertingkat di kawasan perdagangan mewah di sini.

Lebih 20 orang lagi cedera.

Berpuluh-puluh orang dikhuatiri terperangkap di dalam blok pejabat 19 tingkat di Banani.

Mangsa-mangsa yang terperangkap berteriak dari atas bangunan untuk meminta bantuan dari tingkap dan media tempatan mengatakan ada yang melompat keluar dari bangunan itu.

Anggota bomba dengan bantuan tentera laut dan udara sedang mengawal kebakaran itu.

Kebakaran besar biasa berlaku di Bangladesh disebabkan peraturan keselamatan yang longgar dan bangunan lama.

Beratus-ratus terbunuh dalam kebakaran sejak beberapa tahun ini.

Bulan lepas, kebakaran yang berlaku di kawasan setinggan di Chittagong mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast