KUALA LUMPUR- Saham di Bursa Malaysia lebih tinggi pada sesi awal dalam menjejaki prestasi positif semalaman di Wall Street.
Pada 9.06 pagi, indeks naik 6.91 mata kepada 1,648.24 daripada 1,641.33 penutup Khamis.
Ia dibuka 7.03 mata lebih tinggi pada 1,648.36.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 164 berbanding 68 dengan 154 kaunter kekal tidak berubah, manakala 1,531 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 75.5 juta saham bernilai RM40.48 juta. – BERNAMA