Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof (tengah) bersama Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir Mohamad (kiri) dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) semasa sesi bergambar pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Sandakan di Sabah diisytiharkan kosong secara rasmi hari ini oleh Dewan Rakyat.

Justeru, Dewan Rakyat menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisi kekosongan itu dengan pilihan raya kecil di kawasan itu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau telah menggunakan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan untuk mengemukakan satu pemberitahuan bertarikh 29 Mac 2019 (Jumaat) kepada SPR mengenai kekosongan kerusi Sandakan.

“Saya selaku Yang Di-Pertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan kepada SPR bahawa Datuk Wong Tien Fatt@Wong Nyuk Foh, Ahli Parlimen Sandakan telah meninggal dunia pada Khamis 28 Mac 2019 semalam,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Oleh demikian beliau menyeru SPR mengisi kekosongan kerusi Parlimen Sandakan dalam tempoh 60 hari.

“Selaras dengan Perkara 54 Dasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kawasan P.186 Sandakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” tegasnya.

Tien Fatt telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/28/mp-sandakan-meninggal-dunia/