Ropeway tarikan baru di Guangzhou. foto Agensi

BEIJING – Penyampai tali udara (ropeway) terpanjang di China akan mula beroperasi sepenuhnya di Guangzhou pada April ini.

Sepanjang 1,500 meter, kemudahan itu direka dengan kelajuan maksimum 120 kilometer sejam dan dijangka menjadi tarikan utama di bandar indusri pelancongan itu.

Ia mengambil masa dua minit untuk mengembara merentasi lembah itu.

Manakala perjalanan menggunakan pengangkutan jalan pada laluan sama dianggarkan mengambil masa sejam.

Penyampai tali udara itu menawarkan enam baris yang berbeza yang disesuaikan untuk pelawat dengan berat bervariasi dan kelajuan pelbagai.

Sistem brek keselamatan diletakkan di setiap laluan untuk menjamin pengunjung menikmati pengembaraan tanpa menyebabkan sebarang kerosakan fizikal.

Sebelum ini, penyambut tali udara di China dipasang di kawasan Gunung Huaguoshan di Lianyungang, wilayah Jiangsu Timur China.

Ia sepanjang 788 meter dan setinggi 136 meter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast