DOnald Trump dan Kim Jong-un berjabat tangan ketika bertemu di Hanoi pada 27 Februari 2019. foto Agensi

PALM BEACH – Presiden Amerika Syarikat memutuskan untuk tidak memberikan sekatan tambahan ke atas Korea Utara minggu lalu kerana mahu mengekalkan hubungan baik dengan pemimpin Kim Jong Un.

Selain itu, Donald Trump berkata, rakyat Korea Utara sudah sangat menderita.

“Saya tidak fikir bahawa sekatan tambahan pada masa ini diperlukan, tidak bermakna saya tidak meletakkannya pada masa akan datang,” kata Trump kepada wartawan di resort miliknya di Florida

Seminggu yang lalu Trump berkata, beliau telah membuat keputusan untuk mengenakan sekatan baharu secara besar-besaran ke atas Korea Utara.

Trump dan Jong-un bertemu di Hanoi baru-baru ini tetapi rundingan mereka gagal disebabkan permintaan Pyonyang untuk melepaskan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Permintaan Pyongyang itu selepas Amerika Syarikat mahu Korea Utara menghapuskan program nuklear.

“Rakyat mereka sangat menderita. Mereka melalui saat-saat sukar,” kata Trump sambil berkata beliau mahu mengekalkan hubungan baik dengan Jong-un.

“Saya fikir itu sangat penting untuk mengekalkan hubung selagi mana yang boleh,”. – MalaysiaGazette