Calon Bebas, R. Malar ketika hadir pada sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pasar Malam Pekan Rantau, Negeri Sembilan.foto NOOREEZA HASHIM, 31 MAC.

PRK RANTAU – Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, R Malarvizhi memilih cara berbeza untuk memulakan kempennya.

Memasuki hari kedua kempen, beliau menutup bibirnya menggunakan pengepit kain sebagai tanda protes ketika menemui pengundi hari ini.

Beliau juga menggunakan plaster menutup mulutnya selepas sakit bibir selepas beberapa mengepit bibirnya.

MGF31032019_ WALKABOUT CALON BEBAS31
Calon Bebas, R. Malar ketika hadir pada sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pasar Malam Pekan Rantau, Negeri Sembilan.foto NOOREEZA HASHIM, 31 MAC.

Tindakan suri rumah itu menarik perhatian ramai sehingga ada yang menganggap tindakan itu tidak masuk akal.

Malarvizhi berbuat demikan sambil mengedarkan kad kempen kepada pengunjung di Pasar Malam Pekan Rantau.

MGF31032019_ WALKABOUT CALON BEBAS25
Calon Bebas, R. Malar beramah mesra dengan pengunjung ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pasar Malam Pekan Rantau, Negeri Sembilan.foto NOOREEZA HASHIM, 31 MAC.

“Saya akan memakai sepit baju atau pelekat di mulut selama dua hari sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan dan pembangkang yang tidak membenarkan calon mereka bercakap di dua PRK sebelum ini.

“Ketika PRK Cameron Highlands, Barisan Nasional (BN) tidak benarkan calon mereka bersuara dan perkara sama dilakukan pula pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika PRK Semenyih.

“Sebab itu selama dua hari ini saya akan ‘mengunci’ mulut sebagai tanda protes terhadap tindakan mereka itu.

“Selepas dua hari, barulah saya akan bercakap termasuk melancarkan manifesto di pasar malam ini pada jam 8 malam Selasa ini,” katanya.

MGF31032019_ WALKABOUT CALON BEBAS30
Calon Bebas, R. Malar beramah mesra dengan salah seorang peniaga ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pasar Malam Pekan Rantau, Negeri Sembilan.foto NOOREEZA HASHIM, 31 MAC.

Dalam pada itu, Malarvizhi memerlukan RM10,000 bagi tujuan kempen sepanjang PRK Rantau berlangsung dan berharap orang ramai membuat sumbangan.

Malarvizhi adalah salah seorang calon bebas selain Mohd. Nor Yassin yang turut mahu merebut kerusi DUN Rantau.

Dua lagi pencabar hebat kedua-dua mereka adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan pakar bius yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/30/peliknya-perangai-calon-bebas-wanita-prk-rantau/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast