Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Pentas Pidato Pemuda UMNO PAS sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 23 JANUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Kritikan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terhadap pengurusan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) memperlihatkan ‘kejahilannya’ sendiri.

Lebih-lebih lagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu juga bekas Yang Dipertua YADIM suatu masa dahulu.

“Sebagai seorang ahli akademik dan faham mengenai konsep pengurusan, Dr. Asyraf tidak sepatutnya mengkritik tindakan pengurusan YADIM untuk memperbetulkan badan dakwah itu.

“Kepimpinan baru YADIM mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri untuk ‘membina semula imej YADIM’ tidak berfungsi dengan baik dan berkesan. Tentunya, transformasi yang sedang dilaksanakan itu memerlukan sedikit perubahan, penyesuaian dan penambahbaikan,” kata Pengarah Media YADIM, Mohd. Shaudki Abd. Majid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Shauki, proses ‘membina semula imej YADIM’ adalah lumrah dalam budaya organisasi.

Perubahan dan penambahan kakitangan bukanlah sesuatu yang tidak dibenarkan untuk berlaku, ia memang diperlukan untuk membolehkan transformasi berlangsung, katanya.

“Sepatutnya Asyraf memberikan peluang kepada pengurusan baru YADIM untuk melakukan penambahbaikan, bukannya ‘membaiki labu’ saperti dibayangkan.

“Bukan bermakna Asyraf atau sesiapan pun tidak dibenarkan ‘mengkritik’. Kritikan yang membina memang diperlukan, bukannya kritikan yang menampakkan ‘rasa marah’, terkilan dan boleh menimbulkan persepsi tertentu,” katanya lagi.

Transformasi YADIM menurutnya adalah untuk ‘menghilangkan’ imejnya yang sudah pudar dan hampir tergelincir daripada landasan ‘dakwah’ akibat tindakan Asyraf yang mengeksploitasikan peluang dan ruang ‘kepercayaan’ untuk menonjolkan diri dan memulihkan imejnya kembali berpolitik.

“Tidak menjadi kesalahan pengurusan baru YADIM untuk memperkuatkan ‘modal insan’, melantik kakitangan baharu yang berkelayakan dan berpengalaman bagi menguruskan dinamika organisasi. Dakwah masa kini memerlukan tenaga manusia yang boleh bekerja dan berfikiran strategik, bukan hanya pendakwah yang boleh ‘memuntahkan ilmu’ dalam kaedah beribadat semata-mata,” katanya.Inilah yang sedang dilakukan oleh barisan pengurusan baru YADIM, bukannya pendekatan ‘least resistance’ yang dilakukan sebelumnya.

YADIM perlukan pendekatan functionally relevance dan tentunya berbeza dengan apa yang Asyraf Wajdi bayangkan, katanya.

“Sepatutnya, sebagai seorang yang bijak berteori, Asyraf wajar melihat apa yang sedang dilaksanakan oleh kepimpinan baru YADIM sebagai tindakan yang sepatutnya disokong.

“Beliau boleh mengkritiknya, tetapi berikan mereka peluang untuk melaksanakannya, bukan membuat ‘sergahan’ tanpa memahami secara tuntas apa yang sedang diusahakan.

“YADIM sekarang perlu ditampal, didiberikan wajah baharu yang sesuai dengan semangat zaman,” katanya.

Kepimpinan baru YADIM mengambil inisiatif tersebut untuk membawa YADIM kembali relevan dan sentiasa bergerak di atas landasan yang diamanahkan berdasarkan semangat dan iltizam yang baharu.

Soal YADIM diterajui oleh orang politik, ia sudah lama termasuk ketika Asyraf Wajdi menjadi Yang Dipertuanya dahulu.

Beliau berkata, YDP pertama YADIM Allahyarham Tan Sri Syed Nasir hinggalah yang terbaharu, Nik Omar Nik Aziz sekarang adalah lantikan politik.- MalaysiaGazette

ARTIKEL TERDAHULU:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/29/yadim-tak-wajar-dicabuli-kepentingan-politik/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast