Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0750/0800 berbanding dolar US daripada 4.0800/0850 pada Jumaat lepas.
Seorang peniaga berkata Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa ia tidak akan menaikkan kadar faedah tahun ini dengan satu kenaikan hanya dijangkakan pada 2020.
“Ini merupakan berita positif untuk mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0098/0137 daripada 3.0086/0128 dan rendah berbanding euro kepada 4.5746/5818 daripada 4.5737/5809.
Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6679/6734 daripada 3.6820/6872 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3077/3146 daripada 5.3122/3203. – MalaysiaGazette