Pengasas Bersama Asia Street Market (ASM), Muhamad Fitri Muhamat Sakari (kiri), Mohamad Atifauf Mohmad Hata (tiga kanan), Nor Sedek Ismail (dua kiri), Mohammad Kamarul Ariffin Ahmad (dua kanan), Suazam Mahmud (tiga kiri) dan Mevalyn Nurul Asyiekin Jupakkal (kanan) semasa temubual bersama Malaysia Gazette di Pejabat Malaysia Gazette, Lakefields, Sungai Besi. foto FAREEZ FADZIL.

KUALA LUMPUR- Mengambil semangat kejayaan AliBaba milik taikun China, Jack Ma – enam rakan niaga mengorak langkah menubuhkan ASIA STREET MARKET (ASM).

Pada mulanya mereka bertemu apabila bersama-sama menjadi ahli dalam syarikat pemasaran affiliate kemudian berkongsi idea dan bekerjasama dalam menubuhkan syarikat e-dagang ASM.

MGF13022019_ASIA STREET MARKET_11
Pengasas Bersama Asia Street Market (ASM), Muhamad Fitri Muhamat Sakari (tiga kanan), Mohamad Atifauf Mohmad Hata (tiga kiri), Nor Sedek Ismail (kiri), Mohammad Kamarul Ariffin Ahmad (dua kanan), Suazam Mahmud (dua kiri) dan Mevalyn Nurul Asyiekin Jupakkal (kanan) semasa temubual bersama Malaysia Gazette di Pejabat Malaysia Gazette, Lakefields, Sungai Besi. foto FAREEZ FADZIL.

Pengurus Besar ASM, Muhamad Fitri Muhamat Sakari berkata, walaupun berbeza latar belakang namun mereka berenam komited menjadikan syarikat e-dagang itu berkembang maju dalam zaman teknologi yang serba canggih sekarang.

“Saya sendiri bukanlah dari bidang IT, namun sangat rugi jika kita memahami akan potensi e-dagang pada waktu sekarang. Berjumpa rakan-rakan lain dalam pemasaran affiliate dan kami mendapat idea untuk menubuhkan ASM,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

MGF13022019_ASIA STREET MARKET_14
Pengasas Bersama Asia Street Market (ASM), Muhamad Fitri Muhamat Sakari bercakap semasa temubual bersama Malaysia Gazette di Pejabat Malaysia Gazette, Lakefields, Sungai Besi. foto FAREEZ FADZIL.

Selain Muhamad Fitri pengasas bersama ASM ialah Muhamad Atifauf Mohmed Hata, Nor Sedek Ismail, Muhammad Kamarul Ariffin Ahmad, Suazam Mahmud dan Mevalyn Nurul Asyiekin Jupakkal.

Mereka terdiri daripada kakitangan awam, media, swasta dan bisnes sendiri namun berkongsi impian yang sama untuk mengembangkan industri e-dagang dan import eksport juga memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia berbelanja secara dalam talian dengan lebih sistematik dan selamat.

Laman web ASM boleh diakses di https://www.asiastreetmarket.com.

MGF13022019_ASIA STREET MARKET_02
Asia Street Market (ASM) 

Menurut Muhamad Fitri, idea penubuhan ASM bermula pada 26 September 2018 selepas melihat potensi besar e-dagang trend perniagaan masa kini selari dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan.

“Walaupun agak terlewat berbanding kemunculan e-dagang yang lain tetapi kami yakin dan percaya ASM mampu terbang tinggi seperti syarikat yang lain.

“Menerusi ASM, pengguna berpeluang membeli pelbagai produk dalam dan luar negara yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan” kata Muhamad Fitri.

MGF13022019_ASIA STREET MARKET_10
Muhamad Fitri Muhamat Sakari 

Kini pengguna memiliki pilihan untuk mendapatkan barangan keperluan dan kehendak tanpa perlu keluar daripada rumah dan menjimatkan masa.

Beliau berkata, antaranya produk yang ditawarkan dalam ASM adalah dari barangan keperluan hingga kehendak induvidu seperti pakaian, alat solek, gajet, peralatan elektronik dan lain-lain lagi.

Produk yang berada dalam ASM sekarang melebihi 100,000 produk.

“Jualan pertama yang berjaya dihasilkan selepas sebulan penubuhan ASM, pembelian dari pengguna negara Australia yang membeli beg alat solek,” katanya.

Menurut Muhamad Fitri, kini ASM semakin tular di luar negara khasnya dengan pertambahan pembeli dari perlbagai benua dan Malaysia sendiri.

“Produk yang ditawarkan berbagai rangkaian harga berserta diskaun sehingga 80 peratus daripada perbagai jenis produk,” ujarnya lagi.

IMG_6828

Beliau berkata bagi memudahkan pengguna, ASM menyediakan pelbagai pilihan kaedah pembayaran seperti pembayaran atas talian dan penebusan nilai cash point.

Muhamad Fitri memberitahu, ASM turut memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian bagi pasaran dalam dan luar negara.

Mereka hanya perlu mendaftar masuk sebagai peniaga di dalam ASM melalui link https://www.asiastreetmarket.com/become-our-merchant/.

Kepada semua pengusaha IKS dipelawa menyertai platform ASM.

Selain perkhidmatan e-dagang yang disediakan, ASM juga membuka satu lagi pintu peluang kepada semua individu untuk mendaftar sebagai affiliate secara percuma di https://www.asiastreetmarket.com/become-our-affiliate/.

Menerusi sistem itu mereka boleh mendapat wang sampingan dengan mempromosi produk yang ada di ASM dan ganjaran akan diberikan apabila transaksi berjaya dilakukan.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi pegawai pemasaran kami Nurul Asyiekin di talian 018-371 3705.- MalaysiaGazette