Recep Tayyip Erdogan. foto Agensi

ANKARA – Parti AK yang dikuasai Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah kehilangan kuasa di Ankara dalam pilihan raya tempatan.

Situasi itu mengejutkan dalam 16 tahun sejarah pemerintahan Erdogan.

Malah, parti pembangkang juga mendahului untuk pemilihan Datuk Bandar Istanbul.

Tetapi parti AK akan mencabar keputusan di kedua-dua bandar tersebut.

Pilihan raya perbandaran diadakan di seluruh negara pada hari Ahad dan parti AK telah memenangi lebih daripada 51 peratus undi.

Pilihan raya itu dilihat sebagai hukuman terhadap undang-undang Erdogan ketika keadaan ekonomi merosot.

Mata wang lira telah mengalami kemerosotan nilai baru-baru ini dan mengalami kemelesetan ekonomi pada tiga bulan terahir tahun 2018.

Parti AK – atau Keadilan dan Pembangunan – mendakwa “undi tidak sah dan penyelewengan di kebanyakan 12,158 pusat mengundi di Ankara”.

Setiausaha Agungnya Fatih Sahin berkata: “Kami akan menggunakan hak undang-undang sepenuhnya dan tidak akan membenarkan kehendak rakyat kami diubah di Ankara.”

Parti AK juga mahu mencabar keputusan di Istanbul – bandar terbesar – dan wilayah timur Igdir.

Erdogan yang mengula keputusna itu berkata, beliau akan bekerja keras untuk pilihan raya pada tahun 2023.

“Kami mempunyai tempoh yang panjang dan akan melaksanakan pembaharuan ekonomi tanpa mengorbankan peraturan ekonomi pasaran bebas.

“Sekiranya ada kekurangan, tugas kami membetulkannya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast