Mahathir
Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan anggota pentadbiran kerajaan tidak dibenarkan menerima hadiah.

Mengulas laporan penahanan seorang setiausaha politik menteri berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama, Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai jenayah tersebut.

“Jika seseorang menerima sesuatu sebelum menyertai kerajaan itu masalah mereka, bukan masalah kita.

“Hanya apabila anda bekerja dalam kerajaan anda tidak dibenarkan menerima hadiah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KA Petra Sdn Bhd dan Hutchison Port Holdings Limited(Hutchison Ports) di sini untuk membangunkan Hab Pemindahan Kapal ke Kapal terbesar di dunia di Johor.

Seorang setiausaha politik menteri direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuab Malaysia (SPRM) selama empat bermula hari ini berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000.

Menurut laporan media, lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai menerima jam tangan mewah tersebut sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan itu mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan kementerian terlibat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika mengulas penahanan itu berkata, beliau tidak akan campurtangan siasatan SPRM, sebaliknya menyerahkan kepada undang-undang untuk mengambil tempat.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast