Mohd Anuar Mohd Tahir
Mohd Anuar Mohd Tahir

KUALA LUMPUR – Segala cadangan berkaitan tol termasuk cadangan untuk menghapuskan kutipan tol akan diserahkan kepada Kabinet pada Jun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, kementeriannya telah melantik perunding audit bebas bagi membantu menganalisis data dan cadangan berkaitan perkara tersebut.

“Konsultan audit bebas ini akan mencadangkan semua cadangan kepada kerajaan berhubung isu tol, penghapusan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd Anuar menjawab soalan tambahan, Datuk Seri Hassan Ariffin (BN-Rompin) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat suntikan kewangan kepada syarikat PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebagai langkah menghapuskan kadar tol di lebuh raya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal berhubung kos pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan, Mohd Anuar memberitahu, kadar perbelanjaan yang dikeluarkan mencecah lebih RM5.9 bilion dengan tempoh konsesi semua lebuh raya di bawah PLUS dilanjutkan selama 20 tahun kepada 2038. – MalaysiaGazette