Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2019
Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Bukan hanya bekas Perdana Menteri, malah mana-mana barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) yang gagal membayar cukai akan dicari.

Demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir apabila ditanya adakah terdapat bekas menteri daripada kerajaan terdahulu akan dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Bukan hanya menteri yang lalu (bekas menteri). Malah jika menteri yang terkini tidak bayar, IRB (LHDN) akan cari mereka,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu Dr. Mahathir memaklumkan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, beliau mendapati ada individu tertentu dikenakan cukai yang tinggi selepas hampir 10 tahun pelaksanaan cara pengiraan baharu,  yang mana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Tapi kita juga dapati bahawa pada zaman Najib, cukai besar dikenakan ke atas individu tertentu yang mengundurkan tarikh selama 10 tahun. Itu tentunya tidak sah Anda boleh menggunakan cara baharu untuk mengira cukai, dan kemudian membuatnya semula. Dan mereka telah membayar cukai mereka menurut tafsiran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast