Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perjuangan untuk mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk merupakan antara matlamat utama perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia termasuk kedudukan istimewa Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Perkara itu dijelaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu ketika sesi perbincangan khas bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada parti tersebut.

“Beliau juga turut menekankan bahawa segala usaha dan inisiatif yang diambil oleh Pakatan Harapan semenjak menerajui negara adalah demi kepentingan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

“Ini termasuklah memelihara kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak yang sah untuk semua kaum di negara ini, kata Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin.

Radzi berkata, kesemua Ahli-Ahli Parlimen daripada Bersatu sebulat suara menyatakan sokongan teguh kepada kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette