Masjid Al Noor di Christchurch

WELLINGTON – Suspek serangan masjid di Christchurch akan menghadai 50 tuduhan membunuh dan 39 tuduhan cubaan membunuh di mahkamah esok, kata polis.

Warga Australia, Brenton Harrison Tarrant telah didakwa satu tuduhan membunuh selepas dia ditahan pada hari pembunuhan beramai-ramai pada 15 Mac lalu.

Seramai 50 orang terbunuh di dua buah masjid dan berpuluh-puluh lagi ditembak dan mengalami kecederaan.

Tarrant tidak perlu melakukan pembelaan esok, lapor AP.

Hakim berkata, perbicaan esok adalah mengenai wakil perundangan Tarrant.

Sebelum ini Tarrant menyatakan bahawa dia akan mewakili dirinya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast