STOCKHOLM – Buat pertama kali, majoriti wanita Sweden didapati ketagih berjudi, menurut kajian yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan.
Laporan itu menemui, tidak ada lagi jurang gender dalam masalah berjudi, yang mana separuh daripadanya adalah wanita.
Dan, dalam kalangan 45,000 orang dikesan mempunyai masalah teruk yang dipertimbangkan sebagai ketagih judi.
Daripada jumlah ity 64 peratus adalah wanita.
Angka itu naik berbanding hanya 18% pada tahun 2015 – dengan lonjakan yang banyak dikaitkan dengan peningkatan perjudian dalam talian.
Tinjauan 5,000 orang mendapati bilangan masalah berjudi keseluruhan telah menurun sejak analisa terakhir diterbitkan pada tahun 2015.
Jumlah wanita yang mengalami masalah perjudian telah meningkat sejak 10 tahun yang lalu, kata agensi kesihatan awam.
Ulla Romild, penyiasat di belakang penghasilan laporan tersebut berkata, walaupun jumlah keseluruhan penurunan, ia “bimbang” bahawa masalah yang serius semakin meningkat “dan perlu melihat peningkatan dalam kalangan wanita”. – MalasysiaGazette
















