Foto Instagram Rizalman

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan pemilihan penyanyi ternama Dayang Nurfaizah sebagai ‘muse’ untuk rekaan Rizalman for Zalora 2020.

Muse merupakan personaliti yang dipilih sebagai model bagi musim peragaan fesyen rekaan pereka ternama.

Menurut Rizalman, pemilihan penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Teragung itu sebagi meraikan persahabatan mereka yang sudah terjalin selama 20 tahun menjelang 2020.

Rizalman dikenali segai pereka fesyen tersohor negara dan setiap tahun beliau sentiasa mencipta kejutan dalam rekaan-rekaannya.

Sebagai pereka terbaik negara, Rizalman sering menjadi pilihan wanita-wanita kenamaan untuk menghasilkan magis dalam fesyen yang digayakan mereka. – MalaysiaGazette