Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Data trafik global bagi bulan Februari 2019 menunjukkan keseluruhan perolehan penumpang kilometer (RPKs) meningkat 5.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata, angka tersebut menunjukkan pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh lebih setahun bagaimanapun masih sejajar dengan trend permintaan jangka panjang.

Katanya, kapasiti bulanan (kerusi tersedia kilometer atau ASK) meningkat sebanyak 5.4 peratus dan faktor muatan pula jatuh 0.1 peratus kepada 80.6 peratus yang mana masih lagi tinggi dari segi standard.

Pengarah Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata, selepas prestasi kukuh pada Januari, pertumbuhan trafik udara global mula menunjukkan penyusutan pada Februari.

Ini adalah selari dengan kebimbangan terhadap tinjauan masa hadapan ekonomi secara keseluruhan.

“Ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China yang berterusan dan ketidaktentuan berhubung masa hadapan Brexit turut menjejaskan prestasi dalam sektor pengembaraan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast