Kawasan air terjun Ng Tung Chai

HONG KONG – Seorang pendaki maut selepas terjatuh dari air terjun di sebuah taman negara Jumaat lalu.

Mangsa seorang wanita berada di Taman Negara Tai Mo Shan ketika insiden itu berlaku sebelum tengah hari.

Wanita berusia 26 tahun itu merupakan Pegawai Khidmat Pelanggan di sebuah syarikat kewangan.

Mangsa dikatakan telah mendaki dengan adiknya dan empat lagi rakannya.

Setibanya di Air Terjun Ng Tung Chai, mangsa yang dikatakan berselfie, dipercayai tergelincir lalu terjatuh.

Rakan-rakannya terdengar bunyi bising dan mendapati mangsa telah terjatuh 15 meter ke dalam air.

Mangsa yang tidak sedarkan diri semasa dibawa keluar dari air dan dikejarkan ke hospital.

Beliau bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Untuk berada di air terjun itu, pendaki perlu tiba di kawasan curam di puncak tertinggi Tai Mo Shan.

Air terjun utama itu setinggi 35 meter.

Air Terjun Ng Tun Chai merupakan laluan mendaki yang disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Rekreasi dan Budaya Hong Kong dan laluannya ada empat kategori – mudah, sederhana, sukar dan sangat sukar.

Laluan Ng Tung Chai kira-kira 5 kilometer dan dikategorikan sukar. – MalaysiaGazette