Calon PH, Dr. S. Streram (kiri) berbual dengan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pengkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2019.

SEREMBAN – Selepas mengasak Mohamad Hasan menjelaskan status rumah Minangkabau di Seremban 2 dan transaksi wang menggunakan pengurup wang semalam, hari ini giliran Dr S. Streram pula menerima serangan balas.

Doktor bius itu dikaitkan dengan sebuah rumah mewah bernilai RM7.8 juta di Klang, Selangor.

Gambar kediaman itu diviralkan dalam media sosial Facebook sejak malam tadi.

Calon Pakatan Harapan itu berkata, beliau menyedari isu viral mengaitkan namanya dengan sebuah rumah mewah itu menerusi pembantunya.

“Wartawan mula menyoal saya mengenai rumah tersebut dan apa yang diviralkan oleh pihak tidak dikenali dalam WhatsApp dan Facebook itu merupakn berita palsu.

“Saya takda rumah mewah dengan kolam renang..saya hanya orang biasa dan tidak menjadi Menteri Besar selama 15 tahun, yang mana saya hanya bekerja biasa membeli rumah dan duduk dengan keluarga.

‘Rumah mewah dengan kolam renang itu langsung tidak ada kaitan dengan saya,” katanya kepada pemberita semasa Walkabout di Taman Angsamas berjumpa pengundi petang tadi

Streram tidak menolak berkemungkinan serangan atau tuduhan itu adalah tindak balas pihak tertentu selepas beliau meminta calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan mengenai rumah Minangkabau di Seremban 2.

“Semalam saya bangkitkan isu rumah ‘Minangkabau’ itu untuk Tok Mad jelaskan milik siapa rumah itu, tapi saya tidak menuduh bekas Menteri Besar itu.

“Cuma panggil beliau tampil menjelaskan sahaja selepas foto rumah itu viral dalam media sosial.

“Tetapi hari ini mungkin disebabkan itu, ada orang tuduh saya balik.. tetapi malangnya itu rumah salah (bukan miliknya).

“Saya tidak tahu itu rumah siapa tetapi yang pasti bukan rumah saya..kalau ada orang mahu menghadiahkan rumah sebegitu saya nak terima,” tegasnya.

Gambar kediaman itu telah dikongsilan oleh pengguna akaun Facebook bernama Anina Saadudin.

Foto rumah banglo berkenaan tertera teks yang berbunyi seperti berikut:

Depa fitnah Datin Seri Rosmah beli cincin berlian pink. Lepas menang PRU14 depa akui dakwaan itu tidak benar.

“Hari ni calon PRK Rantau beli rumah RM7.8 juta datang dari sumber mana? Sumber minyak dan gas serta bijih timah yang Anwar Ibrahim kata ada di Negeri Sembilan gamaknya. Cincin berlian terbukti tak benar tapi rumah ni dok ada di Klang.

Malah sebagai mengaitkan rumah banglo mewah itu sebagai milik Streram”.

Anina berkata: “Rumah Dr. Streram di Klang. Takkan doktor boleh beli rumah 7.8 juta. Duit siapa? Ada swimming pool lagi”. – MalaysiaGazette