Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA –  Malaysia merancang mengambil balik secara berperingkat daripada Singapura ruang angkasa yang “diwakilkan”, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malaysia bercadang melakukan ini dalam jangka waktu bermula hujung tahun ini hingga 2023,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada akhir Pemukiman ke-9 Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura di sini hari ini.

Sambil menegaskan bahawa kedua-dua negara mempunyai sejarah panjang kerjasama penerbangan, Dr Mahathir berkata Malaysia telah membuat pelaburan besar sebagai persiapan untuk mengambil balik ruang angkasa yang diwakilkan itu dan berharap ini dapat dilakukan dengan lancar.

“Kita adalah anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan terus bekerjasama atas platform antarabangsa ini demi kepentingan bersama,” kata beliau.

Mengenai sempadan maritim Malaysia-Singapura, Dr Mahathir berkata kedua-dua negara akan melakukan ‘delimitasi’ sempadan maritim di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette