Calon PH, Dr. S. Streram (tengah) hadir pada sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Kampung Sega, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2019.

RANTAU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin tidak memahami pekerjaan sebenar pakar bius di negara ini.

Dr. Streram yang berpengalaman 38 tahun sebagai pakar bius berkata, kerjaya pakar bius bukan sengaja hendak menidurkan orang sesuka hati.

“Mungkin Najib tidak faham apa pekerjaan pakar bius.

“Kita tidak sengaja beri orang tidur. Kalau pakar bius keluar, kita akan tidurkan orang-prang Barisan Nasional seperti Najib,” katanya kepada pemberita di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah semasa bertemu pengundi Melayu hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab kenyataan Najib semalam yang mempersenda kerjaya calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. – MalaysiaGazette