Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
Tan Sri Isa Samad

KUALA LUMPUR – Tan Sri Isa Samad mempertahankan tindakan Felda membeli PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) dua tahun lepas.

Bekas Pengerusi Felda itu berkata, pembelian berkenaan adalah untuk meningkatkan bank tanah agensi tersebut selepas gagal membeli tanah di Papua New Guinea.

Jelasnya, idea pembelian EHP adalah untuk membolehkan Malaysia dan Indonesia mengawal pengeluaran minyak sawit.

“Apabila tanah di Papua New Guinea telah dibeli oleh Sime Darby maka Felda memilih EHP untuk meningkatkan bank tanah kami.

“Pembelian tersebut dilindungi oleh “put option” untuk menjual saham EHP ditambah dengan faedah sebanyak enam peratus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri kes mahkamahnya hari ini.

Menurut Isa terdapat beberapa kenyataan yang mengandungi fakta kurang tepat berhubung pembelian EHP.

Beliau juga bersedia dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Felda membeli 37 peratus kepentingan EHP yang merupakan anak syarikat kumpulan Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion). – MalaysiaGazette