Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas Sembang Santai Veteran ATM bagi membantu calon PH, Dr. S. Streram yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Restoran Makan Time, Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 06 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau yang dibuat oleh rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, beliau menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kekalahan kali ini, menurut beliau merupakan peringatan kepada pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup.

“Saya melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada jentera Parti Keadilan Rakyat serta parti komponen PH yang lain kerana berjaya menunjukkan kematangan dan contoh baik ketika sesi kempen.

Dalam keputusan PRK itu, calon PKR, Dr S. Streram ditewaskan setelah memperoleh 5,887 undi berbanding Mohamad.
mendapat 10,397 undi.

Manakala dua lagi calon bebas iaitu R.Malarvizhi memperoleh 83 undi dan Mohd Nor Yassin mendapat 79 undi.
– MalaysiaGazette