Poster tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menafikan pernah membuat kenyataan supaya Pas diberikan peluang mentadbir negara seperti yang tersebar di media sosial ketika ini.

Menurutnya, tulisan tersebut bukan kenyataannya dan tidak pernah dikeluarkan melalui mana-mana saluran rasmi beliau.

“Kritikan dan perbezaan pandangan diraikan, namun hendaklah berasaskan fakta serta tidak menyandarkan kepada seseorang kenyataan yang tidak pernah dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar merujuk saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Terdahulu, tular di media sosial poster wajah Mohd Nassuruddin dengan keterangan gambar berbunyi: `Berilah Pas peluang tadbir Malaysia, biar seluruh negara rasai apa yang Kelantan rasai.” – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here