Dua gambar bendera China terbalik yang dimuatkan di laman Facebook.

HONG KONG – Bendera China yang dipasang terbalik di luar Pejabat Perhubungan Beijing di Hong Kong semalam, mencetuskan perdebatan hangat.

Sumber memberitahu, kesilapan tersebut telah diperbetulkan oleh kakitangan pejabat berkenaan namun kesalahan itu sempat dirakamkan dan diedarkan atas talian.

Dua gambar yang menunjukkan bendera merah lima bintang China terbalik di luar pejabat perhubungan di daerah Barat, telah dimuatnaik di laman Facebook pada kira-kira pukul 7 pagi pada hari Jumaat.

“Bendera kebangsaan terbalik. Kenapa? Ada majlis khas?,” menurut pengguna Internet yang memuatnaik gambar bersama kapsyen.

Menjelang pukul 2 petang semalam, hantaran itu mendapat 300 komen dan 2,800 maklum balas termasuk 1,500 menyatakan ‘haha’ manakala 1,000 lagi suka.

Di bawah Ordinan Bendera dan Simbol Kebangsaan, seseorang yang secara terbuka dan sengaja tidak menghormati bendera negara boleh didenda sehingga HK $ 50,000 atau dipenjara selama tiga tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast