Eusebio Padilla. foto Agensi

MEXICO – Seorang lelaki di Albuquerque, New Mexico, yang ditahan polis memiliki 44 berlian kecil yang disorokkan di dalam duburnya.

Polis menahan Eusebio Padilla berusia 23 tahun ketika melakukan rutin pemeriksaan trafik.

Lelaki itu didapati menunggang motosikalnya yang tidak mempunyai plat.

Bagaimanapun ketika dia digari, berlian yang dicurinya terjatuh.

Dia memaklumkan mendapat berlian berkenaan daripada saudaranya yang telah mencuri barangan itu.

Semasa hari kejadian, Padilla merancang untuk menukar ganti berlian itu dengan dadah.

Lelaki itu ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan dan menghadapi pertuduhan dengan bukti melakukan kesalahan tarfik dan memiliki barangan curi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast