NEW YORK – Fisher-Price telah menarik balik hampir lima juta produk Rocky n Play Sleepers selepas laporan mengaitkan produk tersebut kepada berpuluh-puluh kematian bayi.
Penarikan semula itu diumumkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC) pada hari Jumaat.
Di laman webnya, suruhanjaya itu berkata, sekurang-kurangnya 30 bayi mati ketika tidur dalam Rocky n Play Sleepers sejak ia dipasarkan pada tahun 2009.
Dalam satu kenyataan, pemilik Fisher Price, Mattel mengesahkan ia secara sukarela menarik balik produk tersebut tetapi mempertahankan bahawa Rocky n Play Sleepers selamat.
Mereka memaklumkan bayi-bayi berguling ketika mereka tidak diawasi atau dalam keadaan lain.
“Walaupun kami mempertahankan bahawa semua produk kami semalamt tetapi memandangkan kejadian yang dilaporkan produk itu digunakan bertentangan dengan amaran dan arahan keselamatan, kami telah membuat keputusan untuk menarik balik secara sukarela adalah tindakan terbaik,” kata Mattel.
CPSC juga menggesa pengguna berhenti menggunakan produk itu serta-merta dan mendapatkan bayaran balik semula dari Fisher-Price. – MalaysiaGazette
















