Mohamad Hasan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) beramah mesra dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai pada hari pertama sebagai ADUN Rantau selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pasar Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 14 APRIL 2019

RANTAU – Timbalan Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu kembali menguasai kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, semalam.

Menurut beliau, pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu, BN kalah di tujuh PDM yang majoritinya daripada pengundi bukan Melayu.

“Dulu kita kalah 7 PDM, tapi kali ini cuma tinggal lagi satu itupun kekalahan di PDM Bandar Ekar itu, amat kecil dulu, hampir 900 lebih kalah, tetapi kali ini jumlah dia mengecil.

“PDM dulu yang kalah kita menang, PDM Saga kebanyakan pengundinya India, menang di situ, PDM Kelab Tuanku, Angsamas ini PDM campuran, jumlah, orang bukan Melayu dan Melayu sama banyak dan kita menang selesa.

“PDM Linsum jumlah orang Melayu tak ramai tapi, India dan Cina melebihi jumlah orang Melayu, jadi maknanya kemenangan,” katanya selepas mengadakan ‘walkabout’ pertama selepas diumumkan mempertahankan kerusi DUN Rantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.

Menurut statistik keluar mengundi semalam, BN kembali merampas daerah mengundi antaranya Mambau, Kuala Sawah, Pekan Sagga, Rantau, Linsum, dan Angsamas.

Untuk rekod, BN hanya kalah kepada Pakatan Harapan (PH) di PDM Bandar Ekar dengan majoriti untuk 338 namun jumlah undi di kawasan itu meningkat sebanyak 165 undi.

Kemenangan ketujuh-tujuh PDM itu menunjukkan sokongan daripada pengundi India meningkat berbanding PRU14 lalu.

Berikut adalah statistik kesemua PDM pada PRK DUN Rantau, semalam.

POS/AWAL
Saluran : 3/3
calon
BN 113
PH 10
BEBAS 0
BEBAS 0

Majoriti : 103

KAMPONG SENDAYAN
Saluran : 2/2
calon
BN 455
PH 101
BEBAS 3
BEBAS 0

Majoriti : 354

SENDAYAN
Saluran : 6/6
calon
BN 1633
PH 472
BEBAS 11
BEBAS 5

Majoriti : 1161

TAMAN KELAB TUANKU
Saluran : 4/4
calon
BN 817
PH 472
BEBAS 4
BEBAS 2

Majoriti : 345

KAMPONG MAMBAU
Saluran : 2/2
calon
BN 243
PH 148
BEBAS 4
BEBAS 1

Majoriti : 95

KAMPONG BEMBAN
Saluran : 2/2
calon
BN 374
PH 83
BEBAS 2
BEBAS 0

Majoriti : 291

KUALA SAWAH
Saluran : 6/6
calon
BN 1030
PH 878
BEBAS 18
BEBAS 9
Majoriti : 152

KAMPONG SRI LALANG
Saluran : 4/4
calon
BN 769
PH 277
BEBAS 4
BEBAS 0

Majoriti : 492

KAMPONG SEGA
Saluran : 3/3
calon
BN 845
PH 113
BEBAS 7
BEBAS 2

Majoriti : 732

PEKAN SAGGA
Saluran : 2/2
calon
BN 310
PH 234
BEBAS 2
BEBAS 2

Majoriti : 76

RANTAU
Saluran : 6/6
calon
BN 1161
PH 827
BEBAS 12
BEBAS 11

Majoriti : 334

LINSUM
Saluran : 4/4
calon
BN 574
PH 493
BEBAS 12
BEBAS 6

Majoriti : 81

KAMPONG SILIAU
Saluran : 3/3
calon
BN 651
PH 308
BEBAS 5
BEBAS 2

Majoriti : 343

ANGSA EMAS
Saluran : 4/4
calon
BN 863
PH 428
BEBAS 7
BEBAS 6

Majoriti : 435

BANDAR EKAR
Saluran : 5/5
calon
PH 982
BN 644
BEBAS 12
BEBAS 4

Majoriti : 338 – MalaysiaGazette