Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz berseloroh menyindir Pakatan Harapan (PH) sebagai parti dan kerajaan yang nakal.

“Terkejut saya tengok video ‘polis PH’ tahan dan periksa kereta polis PDRM di PRK Rantau. Nakal jugak PH ni. Kerajaannya pun nakal,” kata Ahli Parlimen Bachok.

Nik Abduh berkata demikian merujuk kepada lima lelaki yang dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) menahan dan memeriksa kereta peronda (MPV) polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau semalam.

Nik AbduhPerkembangan terbaru melaporkan pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis telah mengenal pasti lima lelaki berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial serta laporan yang dibuat oleh anggota polis terlibat.

Melahirkan perasaan kecewa, Mohamad turut menganggap ianya sebagai perbuatan yang mencabar tugas polis. -MalaysiaGazette