Dzuleira Abu Bakar

KUALA LUMPUR –  Dzuleira Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan KreativitiGlobal Malaysia (MaGIC) baharu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.

Dzuleira sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Seed Ventures.

Kementerian itu turut  mengumumkan barisan Lembaga Pengarah baharu MaGIC  iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Strategi Keusahawanan) kementerian Dr Anis Mahmud; Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Astro Malaysia Holdings Bhd Dr Grace Lee Hwee Ling dan Ketua Pegawai Strategi Malaysia Airports Holdings Bhd, Azli Mohamed.

Selain itu,  Pengarah Eksekutif Eastern Distinction Sdn Bhd Datuk Abdul Malik Baba;  Pengerusi PIKOM, Ganesh Kumar Bangah, Pengasas EPIC Collective John-Son Oei dan perunding Melewar Bhd Tariq Ismail Mustafa. – MalaysiaGazette