Sesi fotografi bersama penyanyi tanahair, Noraniza Idris.

KUALA LUMPUR – Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris kecewa kerana konsertnya tidak mendapat sokongan daripada agensi kerajaan.

Kekecewaan itu dinyatakan kepada Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd. Majid.

Itu kekecewaan Noraniza dan dia terpaksa melalui pelbagai rintangan tanpa sokongan namun berjaya menganjurkan konsert selama tiga hari yang berakhir semalam, katanya.

Konsert yang dimaksudkan Ayob ialah Konsert Sawo Matang yang diadakan di Matic baru-baru ini.

“Agensi yang biasa taja dulu kita tak tolong. Minta bunga untuk hiasan pentas pun tak layan,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.

339dabde-9aff-49ac-8ba3-e5196cdd10d8
Presiden IRAMA, Ayob Majid bersama Noranzia Idris.

Menurut Ayob, IRAMA berharap kerajaan sekarang membantu industri irama Malaysia kerana ia ada sumbangan kepada menaikkan identiti bangsa.

Beliau mendakwa, pihaknya sebelum itu banyak mahu bertemu dengan agensi-agensi kerajaan namun kesemuanya tidak dilayan.

“Sejak permegian arwah Pak Ngah, lagu irama Malaysia semakin suram dan jangan biarkan Noraniza keseorangan memperjuangkannya.

“Konsert Sawo Matang Noraniza ini sepatutnya dibuat di Istana Budaya,” kata Ayob lagi.-MalaysiaGazette