Nakibullah Sharifullah, 70 menyusun sangkar-sangkar di dalam kedai kecil yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gaztte di PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 APRIL 2019

Nakibullah Sharifullah,70 atau lebih dikenali sebagai Tok Aki menjadikan burung merbuk Siam peliharaanya sebagai sumber pendapatannya sejak 53 tahun yang lalu bermula pada tahun 1966.

Sejak berusia 16 tahun lagi, Tok Aki mengikuti jejak abangnya mula menjadikan burung Merbuk Siam sebagai pendapatan tetapnya.

Beliau akan mengajar dan memelihara burung-burung peliharaanya itu untuk menghasilkan bunyi yang merdu dan terbaik dalam pertandingan bunyi merbuk.

Setiap hari, Tok Aki akan memandikan haiwan peliharaanya itu supaya dalam keadaan segar dan bersih.

Tok Aki yang berasal dari Besut, Terengganu sering berulang-alik ke Thailand untuk melihat burung yang berkualiti sebelum dibawa pulang ke tanahair.

Burung-burung akan dilatih supaya kualiti setanding dengan nilai harga, sebelum dijual dari RM 1,500 hingga RM 15,000 seekor bergantung kepada kualiti gred dan kemerduan suara seekor burung merbuk tersebut.

Kawasan peliharaannya ini terletak di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak Kuala Lumpur dan ia dijadikan sebagai tempat untuknya menghabiskan masa melatih burung burung tersebut menghasilkan bunyi yang merdu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast