Anggota-anggota polis menjalankan siasatan di kawasan serangan selepas seorang lelaki menembak maut empat individu. foto Agensi

OTTAWA – Empat orang ditembak mati di Penticton, British Columbia dan suspek utama serangan itu telah ditahan, kata Polis Diraja Kanada.

“Polis telah mengenal pasti tiga orang maut di tiga lokasi dalam radius sejauh 5 kilometer (3.1 batu),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, seorang lelaki yang sepadan dengan keterangan telah menyerah diri selepas sejam kejadian tembakan pertama berlaku.

Polis berkata, siasatan mendapati serangan itu adalah disasarkan oleh suspek.

Tembakan pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi dan ketika polis dalam perjalanan ke tempat tersebut, ia menerima tentang serangan kedua.

Motif serangan masih belum diketahui.

“Mengapa ia berlaku masih dalam siasatan yang sedang dijalankan,” kata Komander Serantay RCMP, Ted De Jager. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast