Kanak-kanak bermain di kawasan runtuhan di bandar Kobani yang musnah dalam peperangan dengan IS. foto Agensi

KOBANI – Komuniti Islam Syria yang menukar agama kepada Kristian meningkat di Kobani – sebuan bandar yang dikepung oleh militan IS sejak berbulan-bulan.

Bagaimanapun, penduduk kemudian bertindak menentang IS sejak empat tahun lalu.

Komuniti Islam yang menukar agama berkata, pengalaman perang dan berdepan dengan serangan kumpulan yang mendakwa berperang untuk Islam merupakan punca komuniti itu bertukar agama.

Susulan perkembangan itu, gereja pertama di sempadan Syria-Turki telah dibuka pada tahun lalu.

Militan IS telah diserang melalui udara oleh Amerika Syarikat dan pejuang Kurdish di Kobani pada awal tahun 2015 selepas mereka mengambil alih kawasan Iraq dan Syria.

Selepas bertahun-tahun bertarung, tentera yang disokong Amerika Syarikat telah menamatkan sepenuhnya kawalan kumpulan ke atas kawasan penduduk pada bulan lalu.

Walaupun ultra radikal Islam Islam Sunni telah ditolak oleh Islam, keganasan yang diwarisi telah menjejaskan kepercayaan terhadap agama tersebut.

Kebanyakan kawasan Kurdish di utara Syria adalah pusat urban yang sekular telah semakin kukuh dan faktor ini juga menyebabkan berlakunya pertukaran agama.

Penganut agama Kristian adalah salah satu agama minoriti yang dianiaya oleh IS.

Para pengkritik curiga dengan perkembangan itu mendakwa, ia berlaku semata-mata keuntungan peribadi seperti mahu mendapatkan bantuan kewangan daripada organisasi Kristian yang bekerja di rantau ini, pekerjaan dan prospek peningkatan penghijrahan ke negara-negara Eropah.

Namun dakwaan itu disangkal oleh individu-individu yang telah menukar agama yang mendakwa pertukaran itu dibuat atas kepercayaan.

“Selepas peperangan dengan IS, penduduk mencari hala tuju dan menjauhkan diri daripada Islam. Mereka takut dan rasa kehilangan,” kata Omar Firas, pengasas kepada gereja di Kobani.

Katanya, kira-kira 20 keluarga, sekurang-kurangnya 80 hingga 100 orang yang telah menukar agama tetapi masih mengekalkan nama mereka. – MalaysiaGazette