Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (dua, kiri) menyerahkan jersi TNB JMFR 2019 kepada Pengarah Urusan TNB Janamanjung Sdn Bhd (TNBJ), Datuk Shamsul Ahmad (dua, kanan) di Majlis Prapelancaran JMFR 2019 di Dataran Vibrant, Ibu Pejabat TNB, Bangsar semalam. Hadir sama Chief Generation Officer TNB, Ir. Roslan Abdul Rahman (kanan).

KUALA LUMPUR – Acara berbasikal secara santai TNB Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) kembali lagi untuk edisi ke-12 pada 28 April ini dengan lebih 1,400 peserta bakal mengambil bahagian.

Edisi kali ini menjadi lebih bermakna dan meriah sempena TNB Janamanjung Sdn. Bhd. (TNBJ) menyambut ulang tahun ke-20 kewujudan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak.

Kehangatan dan kemeriahan jelajah berbasikal itu semakin terasa menjelang acara itu dengan berlangsungnya majlis prapelancarannya di Dataran Vibrant, Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bangsar semalam.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman; Ketua Pegawai Penjanaan TNB, Ir. Roslan Abdul Rahman dan Pengarah Urusan TNB, Datuk Shamsul Ahmad serta pegawai TNB yang lain.

Roslan melepaskan sebahagian daripada 16 buah kenderaan TNB yang memaparkan logo rasmi TNB JMFR 2019 yang akan mempromosikan acara kayuhan itu di sekitar Lembah Klang dan negeri Perak.

ea958b8a-bd80-4297-8acb-3df388169a5c
Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (kiri) bersama kepada Pengarah Urusan TNB Janamanjung Sdn Bhd (TNBJ), Datuk Shamsul Ahmad (dua, kanan) melancarkan TNB JMFR 2019 route pada Majlis Prapelancaran TNB JMFR 2019 di Dataran Vibrant, Ibu Pejabat TNB, Bangsar semalam. Hadir sama Chief Generation Officer TNB, Ir. Roslan Abdul Rahman (kanan).

Bertemakan Cycling for Green, penganjuran TNB JMFR kali ini menyambung komitmen TNBJ dalam memulihara alam sekitar apabila RM10 daripada yuran pendaftaran disumbangkan kepada penanaman semula anak pokok bakau di persisiran pantai sekitar Manjung.

Sementara itu berbaki sebelas hari sahaja lagi untuk menggegar bumi Manjung, acara berprestij TNB JMFR itu telah menerima penyertaan pengayuh amatur dan berpengalaman, dari dalam dan luar negara.

Peserta bakal mengayuh sejauh 121 kilometer dari Teluk Batik dengan merentasi pekan Parit dan Air Tawar sebelum kembali ke Teluk Batik.

Mereka akan dilepaskan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains,Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis.

JMFR mula diperkenalkan pada tahun 2008 dan mula menjadi program tahunan negeri Perak sejak tahun 2015. – MalaysiaGazette

45115241-65f5-499e-9f82-08ba07b7b739
Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman melepaskan sebahagian daripada 16 buah kenderaan TNB yang memaparkan logo rasmi TNB JMFR 2019, yang akan mempromosikan acara kayuhan itu di sekitar Lembah Klang dan negeri Perak.